Wednesday, March 14, 2007

3 sekawan

Semalam ibu dapat panggilan dari kawan yang sudah lama tiada khabar berita darinya, hampir 2tahun lebih. Alhamdulillah, Ju dan suami sihat2 je.. Hmm, banyak perkara yang ingin ibu dan Ju berkongsi dan mendengar cerita2nya dirantauan. Tanpa membuang masa kami pun bertemu pagi ini di Woodlands bersama Fid dan anak2nya. Adik pun ada bersama ibu. (Kakak berada dirumah Nyai sejak malam Isnin) Ayah akan mengambil kakak pulang selepas kerja nanti.. kami semua rindukan kakak tau.
Ok, berbalik kepada kisah pertemuan kami, biasa lah janji punya janji ada orang tu selalu lambat. Masa sekolah sampai sekarang pun gitu jugak.. kira2 'mempertahankan kedudukan' ke Cik Fid.. Sementara menunggu Fid dan anak2nya tiba, kami bersarapan di bk. Macam2 yang kami nak bualkan sampai tak tahu mana nak mula. Dah gitu bila asyik berbual Ju terpaksa 'slow-down' takut kena ulang semula untuk Fid..
Setelah berbual sedikit-sebanyak dan habis sarapan, kami rasa perlu ke satu tempat yang lebih selesa untuk kami bersembang dengan 4 anak2 dan dua kereta tolak.. tapi sebelum itu kami sempat singgah 2-3 kedai untuk keperluan rumah lebih2 lagi cik Ju kita baru saja mengubah-suai rumahnya..
Kami bercadang hendak ke rumah Ju tapi memandangkan keadaan rumahnya belum lengkap.. yang terdekat sekali rumah Fid tapi tapi tapi akhirnya kami ke 'taman palma'. Disebabkan kesuntukan masa dan tanpa sebarang persiapan dirumah, kami pun beli untuk makan tengahari dan sedikit kuih-muih.. terimakasih Ju!
Harap2 kami dapat bertemu secara tetap.. InsyaAllah selepas ini kita serbu rumah 'baru' Ju dan jika jumpa diluar sekali-sekala hanya kami bertiga tanpa anak2.. bolehkan.. Ju & Fid adalah kawan baik semasa disekolah menengah dulu.. sepatutnya kami berempat tapi InsyaAllah akan kami usahakan hmm.. buat masa ni hanya kami 3 sekawan..