Rabu 07March hari terakhir bagi penggal pertama sekolah untuk Ira.
Esoknya pra sekolah AlKhair mengadakan hari perjumpaan antara guru2 dan ibubapa.
Pagi tu kecoh sikit, adik harus dihantar ke rumah Nyai sementara Ira & ibu ke sekolah. Kebetulan pembantu kami datang setiap Khamis pagi. Selepas hantar adik, ayah berjumpa doktor sebab sakitbelakang, lepas dapat cuti sakit ayah terus ke sekolah bertemu kami. Ibu terpaksa suruh ira jalan cepat2 sebab tak mahu terlewat.. .sampai jatuh anaktudung ira, ntah dia tak sedar atau takut nak beritahu ibu, aduh... terpaksa ibu lari balik dapatkannya... nasib baik tak berapa jauh. Lepas tu, pin tudung dia pulak terlepas, masa tu dah sampai dalam masjid terpaksa ibu keliling cari2.. rupa2nya ada di tengah jalan semasa meyeberang... dah tak boleh pin mungkin dah kena lenyek dengan tayar kereta... nasib baik ada getah rambut..
Naiklah kami ke tingkat3, masuk aje di kelas ira seorang aje yang lain semua ibubapa dan guru2. Rupa2nya kanak2 lain ada didalam dewan dan sesi baru nak dimula (kami cuma terlewat sikit dan terlepas medengar ucapan guru besar didewan je). Kami ibubapa diberi peluang melakukan kegiatan harian anak2 kami disekolah... kami menyanyi, menari jugak dan ibu dikehendaki menceritakan apa yang kami sekeluarga lakukan sewatu cuti umum sempena tahun baru cina melalui lukisan... ish kaku tangan kena lukis sebegini... ayah pula dikehendaki baring di atas kertas sementara ayah2 yang lain menggariskan bentuk badan ayah... hee... jadi macam alien(mahluk asing) badut pun ada...
Ibu sempat berkenalan dengan ibu2 yang lain sekelas dengan ira, termasuklah Dini, diantara rakan2 yang selalu ira sebut2. Melalui ibu dini dan guru mereka, ibu dapat tahu seorang lagi kawan baik ira, Humairah berada di amerika bukan bercuti semata tetapi mereka sekeluarga ke sana sebab ayah Humairah bertugas disana... tentulah seronok tetapi kesian jugak budak2 ni merindui kawan2 mereka... nasib baik ibu Dini ada menghubungi ibu Humairah dan kami masih dapat berhubung melalui blog Dini... sungguh canggih!
Sesi IbuBapa-Guru yang kami hadiri sungguh berguna... ianya memberi kesempatan kepada kedua2 pihak untuk berkenalan dan mengetahui perkembangan anak2 disekolah/rumah dan juga berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan yang ada...