Thursday, April 26, 2007

Gelagat si Adik

Semalam adik menangis bila nak ke sekolah. Ini semua bermula semasa menunggu bas kakak. Ada saja yang tak kena... senang cakap, semua nak ikut cakap dia... Kakak sudah naik bas pun adik masih menangis. Lama2 dah penat nangis, diam jugak lah tapi masih tersedu-sedan, dengan cuaca yang panas-terik, kesian dia sampai berpeluh satu badan ish... dah reda kan, apalagi ibu pun mendorong kereta (stroller) adik dengan pantas. Sedap sikit dah kena (air-con)... tapi ibu tak pasti bila pulak adik dah tertidur... nangis lagi bila terbangun nak masuk kelas... Tak lama kemudian ibu menjenguk dicermin pintu kelas adik, dah jadi 'assistant teacher' pulak. Duduk disebelah gurunya dengan botol spongebob tak lepas dari tangan... Lepas sekolah adik dah ok. Nasib baik ibu dah belikan adik makanan untuk sepanjang perjalanan pulang ke rumah.

hari2 yang tak nangis