Sunday, April 08, 2007

Hari Wanita

Ibu beritahu kakak dan adik hari ini 'hari wanita' kerana tiada kanak2 ataupun orang lelaki - hanya wanita... ibu adik-beradik & sepupu2 ibu telah cuba membuat pertemuan alhamdulillah, Sabtu lalu terlaksana jua. Kami ke carousel untuk mencuba hidangan/minuman petang ala buffet ditempat yang telah diubah-suai dan nampak lebih luas dan makanan yang bermacam2... kalau dah namanya buffet, boleh pecah perut kalau nak rasa ke semuanya... namun puding rotinya sungguh tak menjanjikan!

Hmm... tak sangka ramai yang hadir, terimakasih semuanya kerana sudi meluangkan masa untuk bersama hampir lebih 2jam... 9dewasa dan seorang kanak2...oops! - m'long & anak bongsunya, mak, mami & k'sarah, k'syafiqah (anak mamaJum), b'sal & anak angkatnya, b'misa & ibu.

Terimakasih juga kepada ayah kerana sudi menjaga kakak & adik sejak pagi hingga ibu pulang :)