Tuesday, April 17, 2007

Lucu...

Tuesday 17 April 2007
Just now I did funny things while bathing with adik. We fill-up water in our red cups, put the water in the mouth and spit it up! Then, ibu reminded us that little einstein is starting soon. So, we quickly clean-up and leave the bathroom.

Ira masih ingin bercerita lagi tapi sudah masa untuk tidur. Esok sambung lagi ok. Petang tadi ira sibuk membuat kad untuk 2 orang yang jauh dari Singapura. Ira hanya sempat membuat satu sahaja. Esok boleh habiskan yang satu lagi. Kami juga sempat ke blog Dini, kawan sekolah ira dan ira sugguh gembira melihat gambarnya bersama dini dan kawan2 yang lain sewaktu dini menyambut hari lahirnya disekolah tidak lama dahulu.

Adik sungguh lucu.. pagi tadi selepas kakak menaiki bas sekolah, adik & ibu pergi ke kedai. Adik sempat membawa cermin mata hitam dan bag hello-kitty yang di selempang dibahu. Kami melalui jalan di tingkat bawah tanah (basement) untuk mengelakan cuaca yang panas. Sedang kami berjalan adik pun berkata 'we are going thru the spooky forest.. again!..' Oh, ya minggu lalu kami ke pasar yang sama dan dalam perjalanan pulang selepas melalui basement, adik beritahu ibu, 'tadi, we were in the spooky forest..' ibu pun tanya mana adik dengar 'spooky forest'? 'little einstein...' hmm... tak tau pulak episod yang mana satu... Teringat... dulu semasa berkumpul dirumah jiran, anak2 jiran semuanya ghairah dan gembira ingin menonton LE. Ira pun ingin ikut sama tapi kesian dia tak tau sepatah-haram pun pasal LE. Lepas itu, ibu pun cari lah vcd LE dikedai2 tapi tak jumpa pulak. Akhirnya kami melanggani playhouse disney channel yang menyiarkan rancangan tersebut dan ayah pun menyediakan cakera-padat (cd) supaya boleh dirakamkan. Ibu pun suka dan kadang2 menonton LE bersama kakak dan adik. LE menggunakan lagu2 klasik inggeris, melagukannya dengan senikata sendiri dan berbentuk interektif, dimana anak2 diajak mengikut serta misi2 yang mereka tempuhi...