dah seminggu lebih blog layout(susunan diblog) hilang entah ke mana. Puas dicari, diganti dengan template lain pun tak jugak timbul. Eh tau2 hari ini muncul balik :)
kira2 dua minggu lepas, ayah sesaje menjenguk ke luar tingkap bilik kakak & adik dan mungkin tergerak untuk membuka tingkap dan agak terperanjat kami dibuatnya... mainan bersepah kat luar tu... dalam banyak2 tu ibu berharap sangat dapat jumpa semula kucing kesayangan kami tapi sedih seh... tak pun kelihatan. Masih tak puas hati ibu cari lagi di bawah katil walaupun ini bukan kali pertama ibu cari di tempat yang sama sejak kami kehilangannya. Alangkah gembiranya kami semua lebih2 lagi adik & ibu bila akhirnya kami jumpa Wawa di hujung bawah katil... mungkin ibu miss the spot selama ini...
Ibu dengan segera mencuci kesemua mainan yang masih boleh diselamatkan tapi si bean bag terpaksa dibuang sebab dah busuk kerana diisi dengan kacang hijau. Adik tak sabar nak peluk cium Wawa... rindu agaknya. Apakan tidak, Wawa adalah seperti 'bantal busuk' adik sejak kecil. Ke sana-sini Wawa dibawa sama sebagai penenang hati adik, dah pergi Australia pun. Ibu cuba cari satu lagi tapi kedai tu tak mengeluarkan/menghasilkannya lagi. Itupun bukan ibu beli tapi dapat sebagai gift bila berbelanja lebih semasa mula2 membeli barang2 keperluan untuk menyambut kelahiran kakak. Kakak tak berapa attached dengan Wawa berbanding dengan adik. Esoknya, adik sibuk tanya pasal Wawa. tapi bila ibu berikan Wawa yang dah bersih dicuci adik kata itu bukan Wawa tapi Miau-Miau...