Ayah & Ibu makan malam di Mad Jack pada Jumaat lalu sebelum kami ke BJ untuk menonton Transformers. Mad Jack ok lah, kita pesan set makan malam, tapi bila dihidangkan dessert/pencuci mulut... perut dah nak meletup seh... tapi sayang kalau tak makan sebab kek coklat dengan aiskrim adalah kesukaan ibu.. mmm... sedap.
dear punya, kita punya
dan manisannya
Transformers ok lah tapi ibu dah tak bole makan apa2 sebab dah penuh tapi tak saratlah (ada orang tu tak sah kalau tak beli nachos!) tapi punya tapi... teramat BINGIT sebab panggung paling 'pekak skali'... kerusi yang tinggi nak nampak apa?!? dua pertiga skrin aje yang nampak itu pun kena 24jam duduk tegak semacam... tak hingin ke sana lagi!!! Sori dear!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kira2 lebih sepuluh tahun yang lalu, kami menonton sebuah filem ni. Ceritanya agak panjang lebih 2jam agaknya. Tapi rasa2nya tengok sekali tu je sampai lah sekarang... so bila dear kita nak tengok Forrest Gump lagi?