Wednesday, August 01, 2007

Puteri Ballet

Pagi Ahad, selalunya ayah yang menghantar kakak ke kelas ballet & piano. Tapi pagi ini ayah menghadiri seminar jadi ibu yang temankan. Terimakasih Atok kerana menghantar kami bertiga ke kelas kakak... lambatkan...



Ibu pun mengambil kesempatan mengambil gambar kakak walaupun hanya melalui cermin pintu, kebetulan kakak berada disudut yang mudah untuk ibu mengambil gambarnya tanpa mengganggu perhatian kakak dan gurunya...
hee... Sementara adik diluar pun menari mengikut gerak-geri penari2 cilik didalam kelas.