Monday, January 07, 2008

Gogok & Gagak...

Dah masuk seminggu kita melangkah ke tahun baru 2008.

Sekolah telah dibuka semula.

Hari pertama ke sekolah, kakak dan adik bangun awal sebab ghairah la tu. Ibu ikut mereka ke sekolah dan bersama adik dikelas. Ibu keluar sejam kemudian dan adik nampak ok-ok. Apalagi, balik kejap nak masak. Lepas tu ke sekolah semula sambut adik keluar dari kelas. Ibu pun bertanya pada guru adik sementara menunggu bas, kata guru, adik ok dan ingin ikut serta dengan aktiviti yang disediakan tapi belum dengar suara dia lagi. Cuma, apabila gurunya ingin menyimpan lukisan adik (untuk hiasan dikelas) adik tak mahu. Patutlah adik dengan segera memberikan kertas lukisannya pada ibu. Ibu dan gurunya cuba bertanya lagi pada adik... itu jam jugak adik mekik tak kasi!

Hari kedua, pergi balik ibu dan teman jiran (terimakasih kerana sudi menumpangkan ibu!) mengikuti mereka ke sekolah dengan senyap2 tapi sembunyi punya sembunyi, kawan2 kakak pulak yang nampak, da tak boleh elak!

Hari ketiga, adik nangis masa nak naik bas, dia nak ibu ikut sama... padahal sebelum tu adik ok. Risau ibu dibuatnya, nak ikut lagi ke sekolah? nak telefon sekolah? macam mana eh?... Adik tersenyum riang bila ibu sambut pulang... 'kenapa adik nangis tadi pagi? I want you to take the bus with me!'

Hari ini adik tanya lagi... 'ibu, you only take the bus with me on the first day?...'


Gogok & Gagak - inilah lukisan adik pada hari pertama disekolah

Sabtu lalu juga, kakak & adik dah mula ke kelas hujung minggu. Harap2 dapat menambahkan ilmu, minat dan meluaskan minda.

Semalam kami sekeluarga pergi bergambar di studio. Kakak & adik sepatutnya tidur sekejap/take a nap tapi lain jadinya. Pesan punya pesan, lupa pulak nak ingatkan adik yang kita perlu disolek dulu... abes melalak satu studio! Bukan dia tak suka, mungkin takut ke, malu ke... yang pasti, adik perlu masa yang lebih untuk berasa selesa...






Ok, nikmatilah lagu kegemaran kami semasa bercuti akhir tahun lalu... budak2 tu sampai dah hafal pun...