Monday, February 04, 2008

ok ok

Ibu sedang sibuk menulis mengenai Adik dan lukisannya... (bila kejadian yang tak diingini berlaku)

2hari yang lalu, ibu menghantar adik untuk mengambil ujian untuk kelas lukisan. Terimakasih maman kerana menghantar kami dari rumah atuk/nyai. Adik macam tak nak pergi gitu...

Sampai saja di depan pintu, dia dah mula nak menangis. Setelah di pujuk adik bersetuju untuk masuk tapi dia masih tak berasa selesa. Sebelum adik memulakan kelas pertamanya, dia dikehendaki mengambil ujian ini menurut peringkat yang sesuai baginya. Adik diberi peluang untuk melukis apa saja yang dia suka. Walaupun sudah kami jangkakan kelayakan adik, kami harus menyertai juga... ish kena bayar pulak tu!
Setelah mendaftar, adik mula lagi bila disuruh masuk ke kelas. Ibu pujuk lagi dan terpaksa dukung adik. Suasana gamat sekejap bila adik pekik dan mengganggu perhatian kanak2 lain yang berada dalam kelas. Ibu cuba mengalihkan perhatian adik pada sesuatu sehingga akhirnya adik bersetuju untuk melukis. Dah mula lukis, ibu terpaksa mengepung lukisan adik supaya tidak di lihat orang lain termasuk guru yang seharusnya menilai lukisan adik sehinggalah dia habis melukis. Ibu juga harus ingat kan adik tentang reward/ganjaran yang ibu janjikan setiap kali adik terhenti melukis. Akhirnya, setelah selesai adik kelihatan lega dan gembira apabila ada yang memuji lukisannya. Kelakuan adik amat berbeza sebelum dan selepas itu. Dia terlompat2, berpusing2 (menari lah tu) sambil bernyanyi2 ketika ibu mendaftarkan adik untuk kelas mingguannya.
Ibu sudah berpesan pada adik sejak awal2 lagi tentang hari ini. Tapi ibu juga dah agak kemungkinan yang berlaku sebab ini bukan pertama kali... Ibu tahu adik perlukan masa yang lebih untuk menyesuaikan dirinya dengan keadaan/tempat yang baru. Mungkin juga adik berasa kurang yakin dengan hasil lukisannya atau takut kalau2 ada yang memperkecilkan kebolehannya.
Keluar saja dari tempat itu, kami terus ke kedai membeli eclair di atas permintaan adik... ok la, ibu dah janjikan.
Hari ini adik memulakan kelas pertamanya dan sekali lagi dia current! hee... itulah kata orang2 pulau menurut nyai. Ibu terpaksa ikut adik ke kelas dan duduk bersamanya, kepung lagi... Gurunya pulak lain bukan guru yang menilai kerja adik tempohari... tapi ibu rasa semua orang dah tau adik.
Menurut gurunya, adik dapat melukis/mewarna dengan baik, dengan penuh yakin... harap2 gitu lah... minggu akan datang adik boleh berdikari :)